KEMAHIRAN PROSES SAINS
1. MEMERHATI
👉 Membuat pemerhatian melibatkan deria penglihatan, sentuhan, pendengaran, rasa/bau untuk mendapatkan maklumat.
2. MENGELAS
👉 Mengelas sesuatu yang diperhatikan (fenomena/objek) dengan membuat perbezaan dan persamaan
3. MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR
👉 Membuat pemerhatian (kualitatif dan Kuantitatif ) dengan menggunakan sesuatu objek.
4. MEMBUAT INFERENS
👉 Membuat kesimpulan yang munasabah tentang sesuatu yang diperhatikan
5. MERAMAL
👉 Meramal atau menjangka sesuatu yang akan berlaku pada masa akan datang berasas kepada pemerhatian.
6. BERKOMUNIKASI
👉 Menggunakan perkataan, simbol atau grafik untuk membuat penerangan tentang sesuatu objek, peristiwa atau tindakan.